
![]() |
Dengarlah rintihanku ini
Thursday, 31 May 2012 | 04:27 | 0 star
Ya Allah ,
Jadikan aku hamba yg sentiasa mensykuri nikmat pemberian-MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa mengingati-MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa berbaik sangka pada-MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa menyebut nama-MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa sujud menyerahkan diri pada-MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa mendambakan kasih sayang -MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa menagih cinta-MU
Jadikan aku hamba yg sentiasa merindui rahmat-MU
Moga setiap detik kehidupanku Engkau sentiasa bersama
Moga saat duka menyapa Engkau hadir membawa ceria
Moga pabila kutersalah arah Engkau tunjukkan jalan yang benar
Moga pabila kumerintih sayu Engkau setia mendengarnya
Moga pabila aku meminta Engkau akan memberi
Moga pabila aku dalam kegelapan Engkau pancarkan sinar cahaya
Moga pabila aku tersungkur Engkau hulurkan bimbingan
Moga pabila aku lemah Engkau titipkan semangat kekuatan
Moga akhir nafasku kalimahMU yang meniti dibibirku
Moga perjalananku ke alam abadi Engkau permudahkan
Moga amal perhitunganku , neraca kebaikan menjadi timbangan
Moga tempat istirehatku Engkau hadiahkan bersama para kekasihMU
Amin Ya Rabbal Alamin ASST
Wednesday, 30 May 2012 | 02:24 | 0 star
Hmm .. Jatuh cinta dengan Hilman Yong . Hihi .. Sapa yang pernah baca novel ASST , confirm dia pon turut jatuh cinta .Cewahh .. Tapi , masih adakah org sebaik Hilman Yong ni ?? Wallahua'lam . Walaupun novel dia novel percintaan tapi masih diselitkan dengan unsur islamik . Banyak hadis dan pengetahuan yg boleh dapat dalam novel ni . Bab lawak , semestinya aku gelak , bab romantik , aku senyum ,bab sedih pon aku nangis . . Last 2 kena cop mer*** dengan abg 2 aku . Biarlah .. Aku rasa novel ni macam hidup . Wah ... excellent la penulis novel ni, terbaik !!!Sebenrnya , aku respect gila dengan Intan Zulaikha . Tabah sungguh menghadapi segala dugaan dan ujian dalam hidup . Allah masih panjangkan jodoh dia dengan Hilman . Huhu .. ini Hilman manyak lomantik maa .. hihi =) Hermm .. overall cita ni mmg superb la . Jatuh cinta dengan sweetheart , number 5 and black thunder. 26/5
Saturday, 26 May 2012 | 07:11 | 0 star
Wah , kali pertama update blog 2 kli seminggu . Kalau tidak x pernah ada idea nak update blog nie . Nie nak cita ,tiga lagu yg boleh buat aku nangis . Tak tau napa , setiap kali dengar lagu nie , tetiba basah ja mata . Hati jadi sayu ... Tp x bleh la nak bg tau la lgu pa , biar aku ja yg tau . Hihi ...26 / 5
Friday, 25 May 2012 | 19:16 | 0 star
Kadang - kadang bila aku terfikir tentang diri engkau , aku menjadi takut. Takut jika kau engkau seorang yg panas baran , seseorang yang mendekatkan aku dengan neraka , yg menjauhkan aku dari syurga dan yg paling aku takuti sekali, aku takut jika engkau tidak mampu mendidik anak - anak kita . Aku inginkan seseorang yg boleh menjadi imam dalam solatku nanti .Yg mengangkat darjat kedua ibu bapaku setaraf ibu bapamu . Engkau mengormati kedua ibu bapaku , memberi mereka kasih sayangmu sebagaimana engkau mencurahkan kasih sayangmu pada kedua ibu bapamu. Aku tak akan pandang seburuk mana wajah engkau , jika ada ilmu agama di dalam diri engkau . Aku tak pandang kekayaan yg ada pada diri engkau , kerana rezeki ada di mana - mana . Aku masih menunggu diri engkau dan aku benar - benar mengharapkan engkau mempunyai ciri yg aku inginkan . Bukan wajah , kekayaan , darjat yg menjadi ukuran . Cukuplah ilmu agama yg ada . Aku masih menunggu di sini. Aku berusaha untuk menjadi yg solehah dan berharap engkau juga berusaha untuk menjadi yg soleh. Jika umurku masih panjang , pasti kita akan bertemu nanti . Sesungguhnya Allah telahpun mengatur segala kehidupan kita . Semoga kita dipertemukan nanti ... 25/5
| 04:01 | 0 star
Kenapa aku perlu jumpa dengan dia kalau dia hanya menyemak fikiran aku . Eii , rimas !! Pleaselah , go away from my life !!PEMILIK TULANG RUSUKKU ~~
Tuesday, 1 May 2012 | 01:57 | 0 star
Wahai pemilik tulang rusukku ,Bukan ketampanan wajah yg aku cari , Bukan juga kekayaan yang aku yang minta , Dan bukan jua kepetahan ayat 2 cinta yang keluar darimu .. Tapi aku mencari ilmu agama yang agama padamu , Yang aku harapkan , kau menghormati kedua ibu bapaku Yang dapat membimbing dan mendidikku ... |