
![]() |
Keajaiban Bismilah
Friday, 9 March 2012 | 02:49 | 0 star
Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang
yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu
berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali
hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa
didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya
dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil
mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."
Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah
S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya
berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan
bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan
isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan
berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan
di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat
yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu
mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di
belakang rumahnya.Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil
isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada
engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia
menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia
menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat
Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu
kepada suaminya kembali.Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa
bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu
juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga
membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.Hikmah ~~
| 02:48 | 0 star
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan...apa yang ada hanyalah percubaan,cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kapada Ilahi..." "Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan" "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." Umat nabi muhammad
| 02:41 | 0 star
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah
berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad
S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian,
tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T
telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka
dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka
kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan
isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak
memisahkan isteri mereka.
Sabda Rasulullah ~~
| 01:54 | 0 star
Rasulullah S.A.W.
telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan
barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu
tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat
baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 4. Orang lelaki yang melarikan diri. 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 9. Orang-orang yang suka makan riba'. 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk." Itulah Akibatnya ~~
Thursday, 1 March 2012 | 05:17 | 0 star
Whahahaha .... mimpi ngeri aku hari ni ... Farihah , Kamillia , Amirah , napa lah korang bg number fon aku dkt ustaz mad isa . Daahhh kantoi aku tengah tdor ... Maaaakkk !!! Malu cheq ...... huhuhu .. Patutlah x sedap hati ja tadi .. Sembahyg pon x khusyuk ... Ustaz .. tak sangka ustaz nak telefon saya .. saya tau la saya comeeelll . Grrr ... comel la sangat , perasan ja lebih . Apapun this is my last nightmare .. Aku akan igt banda nie sampai aku kerja @ sampai aku mati .. Kam , Mira , Peah ! aku muncul dalam mimpi hampa malam ni .. Aku percaya bdk laki klas 3 agama 1 ,confirm perli aku .. Warghhh .... malu ... |