
![]() |
Umat nabi muhammad
Friday, 9 March 2012 | 02:41 | 0 star
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah
berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad
S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima disebarang tempat oleh Allah S.W.T.
Pada mulanya aku berpakaian,
tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T
telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka
dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
Ketika aku telah berderhaka
kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan
isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak
memisahkan isteri mereka.
|