
![]() |
Ambil Nyawa Sendiri ??
Monday, 27 February 2012 | 06:07 | 0 star
MENGAMBIL nyawa sendiri atau bunuh diri adalah tindakan yang salah dalam
agama Islam dan juga agama-agama lain. Masalah remaja bunuh diri
adalah gejala yang berlaku dalam masyarakat kita tetapi sukar difahami
mengapa . Di negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), gejala bunuh diri adalah
punca kematian yang ketiga tertinggi dalam kalangan remaja. Ia dijangka
meningkat jika tidak dibendung awal.Adakah amalan agama yang cetek yang mendorong remaja Islam kita terjebak dalam gejala bunuh diri ini?Selalunya kalau pasal remaja ni , tak lain tak tak bukan tentang masalah putus cinta . Ada remaja 2 islam yang sanggup menzalimi diri sendiri dengan mengurung diri dalam bilik , tidak makan , tidak minum dan sebagainya . Kalau yang tiada pegangan agama, pilihan mereka yang singkat dan dianggap menyelesaikan masalah ialah bunuh diri . Sebenarnya , masalah tu x selesai pon , lagi bertambah masalah dan makin bertambah dosa . Cuba kita bayangkan : * mati dalam keadaan Allah tak redha * mati atas sebab kecewa dengan lelaki / wanita yg bukan muhrim Apa kita nak jawab bila Malaikat tanya soalan di dalam alam kubur nanti ?? Sanggupkah kita menghadapi azab kubur yang sangat terseksa dan teramat sakit !! Jawapannya ada pada kita wahai umat islam sekalian . Klau kita sanggup , buatlah . Tapi kalau tak sanggup , jauhkan dari perkara ni . Kita sebagai umat Islam , umat Nabi Muhammad sepatutnya menggunakan waktu yang Allah kurniakan kepada kita dengan bijaksana . Buatlah ibadat sekuat mungkin agar kita terselamat daripada azab kubur dan juga api neraka . Mohonlah pada Allah agar Dia jauhkan kita dan zuriat kita daripada perkara2 ini . |