
![]() |
wahai adikku sayang ~~
Thursday, 19 April 2012 | 22:23 | 0 star
Wahai kakakku...Kenapakah lemah sungguh kaum hawa itu Asyik berteman tangisan dan sendu sahaja Wahai adikku... Bukan wanita itu lemah dek kerana tangis dan sendunya Tetapi di situlah wahai adikku ... Kekuatan bisa meleburkan ego seorang lelaki Menjadi ‘izzah yang paling gah Bahkan lebih gah dari egonya seorang lelaki Duhai adikku... Lembut wanita bukan lemah Tetapi senjata Namun wahai kakakku... Wanita itu fitnah dunia Pernahkah adikku dengar... Pesanan Ilahi pada hambaNYA? ‘Wahai lelaki2 yang beriman Tundukkanlah pandanganmu & tutupkanlah auratmu’ Pada siapakah dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada hamba yang bergelar ar-rijal Kerana andai si lelaki menjaga pandangannya Maka tidak akan mungkin terlihat akan wanita yang menjadi fitnah pada dirinya & tidaklah ALLAH lupakan pesanan buat wanita Agar memelihara auratnya Kerana di situlah kehormatannya Bukan fitnah semata2 Jikalau ar rijal & an nisa sama2 mematuhi pesanan Ilahi itu Sesungguhnya wanita yang beriman yang solehah itu Lebih baik dari ribuan lalaki yang soleh Tetapi kakakku... Kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu Wahai adikku sayang... Al Haya’ (sifat malu) Ada dalam diri setiap insan Wujudnya seiring dengan nafas insani & al haya’ itulah pakaian iman Pada diri wanita itu,indah al haya’ sebagai pembenteng diri Namun Bila mana al haya’ itu lebur Imannya runtuh Kenapa mereka merelakan diri menjadi peragaan? Kerana mereka sebenarnya paranoid Merasakan diri belum cukup menarik Mereka sebenarnya yang kalah dari segi psikologi Namun adikku... Wanita solehah itu pasti melindungi diri meraka Dari perbuatan murahan itu 1001 keindahan penciptaan wanita Pandai2lah engkau menilai Antara permata & debu2 kilauan pasir Wahai adikku... Janganlah adik gusar Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu & janganlah engkau sekali2 merendahkan diirmu Menggugurkan diri..menyembah tanah.. Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu.. |